Sering menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, tetapi sekarang ini makin kerap gambar Shahir muncul di Instagram Erra Fazira.
Walaupun bukan gambar berdua, tetapi Shahir semakin banyak mengikuti aktiviti riadah dan keluar beramai-ramai bersama Erra. Malah, Erra sendiri tidak menyorok gambar tersebut daripada dilihat umum.
Tidak perlu bertanya kerana jawapannya pasti sama iaitu teman tapi mesra, Shahir yang menginjak ke usia 30 kelihatan masih setia menanti Erra.
Kita doakan yang baik-baik sahaja kerana jodoh itu ketentuan Tuhan.
Kredit Gambar: Instagram @errafaziraOkey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima