Foto pelakon Norman Hakim bersama bekas isteri, Abby Abadi dan anak sulung mereka iaitu Mohamed Danish Hakim mendapat perhatian dan pujian netizen.

Norman memuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya itu menunjukkan mereka bersama bagi meraikan kejayaan Danish di Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor pada Ahad lalu.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon menyatakan ini merupakan kali ketiga anaknya bersama pelajar lain diraikan dalam majlis penganugerahan itu.

ALHAMDULILLAH ❤️ . . @Regrann from @abby_abadi112 - Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h ❤️ . Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia ? . Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga. . Apa yg penting kerjasama hehe ??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on



Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Norman dan Abby yang saling bekerjasama mengutamakan anak walaupun sudah tidak bersama lagi.





Terdahulu, Norman dan Abby berkahwin pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

Mereka bercerai pada tahun 2008.

Kini, Norman bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby pula bersama Muhammad Faizal Zakaria.