Gara-gara sebuah video, pelawak Tauke Jambu menerima kritikan daripada netizen.

Tauke berkongsi dan memuat naik video wajah bayi yang dipeluk isterinya, Nadia Mohd Affandi sejurus selepas proses bersalin.

Alhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT.. isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan... hospital serdang tepat 8.28 malam ..tima kasih kepada yg mendoakan.. #syukur

A post shared by Toq Organization Officials (@taukejambu) on


Rata-rata pengikut Tauke di Instagram mengkritik serta mendakwa dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

"@theroziehantalib: Maaf abg @taukejambu, mohon delete video ini sebab ternampak bahagian dada isteri. Maaf atas komen ini."

"@belly_detoxhq: Sorry tegur nampak breast wife awak. Aurat dia tu."

"@zilzafiya: Baby, baby juga. Tahniah for that. Tapi jangan la sampai tayang breast isteri."

"@mdm_fitra: Tahniah toq, maaf tapi mohon delete video ni. Kesian aurat isteri nampak. Dia baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, diri dia baru suci dari dosa seperti lahirnya bayi."

"@berrycry91: Tahniah..tapi video ni bagus dipadam..Nampak dada isteri awak."

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Terdahulu, Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.