Pelakon dan pengacara Zizan Razak reda apabila Terengganu FC gagal untuk memenangi trofi Piala Malaysia pada tahun ini.

Walaupun mempamerkan pelawanan yang menarik namun nasib tidak menyebelahi Terengganu FC apabila terpaksa akur tewas menerusi penentuan penalti 4-1 ke atas Perak.

Menerusi entri di Instagram Zizan menganggap kekalahan yang dihadapi Terengganu FC itu adalah untuknya melihat pelakon Mira Filzah untuk tersenyum.

"Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman.

"Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you senyum.

Now i tau kenapa i dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni i mengalah untuk lihat u senyum. Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InshAllah. @mfmirafilzah #terengganu #perak #pialamalaysia2018 #football

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


"Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InshAllah," tulisnya.

Perak menamatkan kemarau 18 tahun trofi Piala Malaysia dengan penuh dramatik menerusi penentuan penalti 4-1 ke atas Terengganu FC.

Pada perlawanan akhir edisi ke-92 yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu menyaksikan keputusan seri 3-3 dan terpaksa diheret ke penentuan penalti dengan menyaksikan Perak menang dengan keputusan 4-1.