Kecoh di media sosial apabila ada pihak yang memberi teguran pedas pada penyanyi Elyana dan sering mengingatkannya tentang kematian serta bertudung.

Menurut Elyana, dia sebenarnya mempunyai kekuatan untuk melawan penyakitnya itu, namun akibat komen segelintir netizen membuatkan dia berasa 'down'.

Akibat daripada itu, menerusi Insta Story miliknya, Elyana menjelaskan dia mahu menghentikan segala rawatan ke atasnya kerana lebih ramai yang mahu melihat dia mati.



Bagaimanapun, sahabatnya, pelakon Sherry Ibrahim telah berkongsi sebuah video di Instagramnya memohon agar orang ramai supaya berhati-hati dalam memberikan sebarang komen kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Menurut Sherry sekarang bukan masa yang sesuai untuk memberi nasihat sebaliknya mendoakan agar kesihatan Elyana berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Please jangan buat die sedih ... ??

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on


Beberapa hari lalu Elyana dimasukan ke hospital dan memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian saraf tunjang.

Terdahulu, Elyana pernah membuat pendedahkan yang dirinya sedang menghidap kanser kelenjar tahap empat.