Pelakon drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek, Haneesya Hanee, mengakui tidak kisah sering menerima kritikan daripada orang ramai mengenai mutu lakonannya.

Menurut Hanee, dia menganggap kritikan yang diberikan itu sebagai satu semangat untuk dirinya memperbaiki kelemahan pada masa depan.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik dan ramai juga yang menyokong saya dalam bidang lakonan.

“Bila orang nampak saya berkulit gelap mereka kagum kerana orang kulit gelap pun boleh ada dalam televisyen sekarang.

“Perkara itu banyak memberi semangat kepada orang ramai dan mereka juga banyak memberi komen yang positif juga untuk saya perbaiki kelemahan pada masa depan.

“Terima kasih kerana ramai yang menyokong saya walaupun saya merupakan seorang pelakon baru dan saya harus perbaiki banyak benda lagi selepas ini.

“Saya anggap komen dan kritikan yang diberikan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya kepada HLive.

Selain Haneesya Hanee, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).