Rakaman video pelakon Scha Al-Yahya membuat ujian buta warna terhadap suaminya, Awal Ashaari mendapat perhatian netizen.

Muka ada handsome, mata tak nampak kaler. Tolak markah lah macam ni

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya itu menunjukkan gelagat Awal ketika melakukan ujian buta warna di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, Awal diuji untuk menjawab nombor yang tertera di dalam kertas berwarna itu tetapi kebanyakan jawapan yang diberi salah.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji melihat kesabaran Scha melayan Awal malah menyifatkan pasangan ini memang ditakdirkan hidup bersama.

"@hajacolman: So you will be Awal spek till then end. Allah satukan kalian untuk saling melengkapi. Kejarlah apa yang pasti & yang telah dijanjikan. Insyaallah kebahagiaan abadi menanti..Salam cium peluk untuk Lara."

"@sizirwatular: Lembut je suara Scha layan Awal..So sweet."

"@fazzy79: Isteri yang baik sentisa sokong suami dalam keadaan apa sekalipun.

"@hawalee19: Kak Scha is so lembut. Jatuh hati dengan suara kak shayaya."

"@qsyada: I love the way Scha layan Awal, so soft. I rasa fall in love la dengan this two couple.

Namun, apa yang lagi menarik ialah Scha bergurau bertanya sama ada Awal nampak atau tidak ajal dan maut di bahagian penghujung video tersebut.

"@_nazatulnajwa: Ajal dengan maut nampak tak? Hahaha."

"@erineronerun: Ajal dan maut nampak tak hahahaha kelakar la Scha tengok sampai habis weh."

"@hananzafirah: Dua-dua tak nampak eh ajal maut nampak hahaha lawak."

Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dengan kehadiran Lara yang lahir pada 22 Julai 2014.