Pelakon Anzalna Nasir, 30, telah berkongsi sekeping foto yang telah mencuri perhatian serta menghiburkan hati netizen.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Anzalna telah memuat naik foto ikan salmon yang dimasak oleh suaminya, Hanif Zaki beserta kapsyen.

Me: Sayang i nak salmon garing tau! Hanif : ORAITTT! Arang ni boleh guna untuk putihkan gigi selepas makan. Hahahahahahhahah Sis telan juga sebab teringatkan pengorbanan seorang suami @hanif_zaki ❤️

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Dalam kapsyen tersebut, Anzalna berseloroh mengatakan arang di ikan tersebut boleh digunakan untuk memutihkan gigi.

Kapsyen tersebut telah menarik perhatian Hanif untuk meninggalkan komen di entri tersebut.

"Hahahahaha segaring cinta ku padamu," tulis Hanif.

Rata-rata pengikut Anzalna terhibur dengan kapsyen yang ditulis serta menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang 'sweet'.

"@hasifa_hadila: Need more caption from this lovely couple. Hahaha."

"@inara_aa: Hahaha dia punya caption tak boleh terima."

"@nurultajuddin: Bahahaha so cute..Yang penting sweet."

"@fathinadira: Hahahaha yang ni kelakar, alahai so sweet la."

"@nunajjima: Hahahaha funny la anzalna ni."

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.