Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob akui berat badannya pernah naik sebanyak 35 kilogram (kg) pada enam tahun lalu.

Fazley memberitahu ketika itu dia tidak berhenti makan kerana terpaksa menemani isterinya Datin Azerene Soraya yang hamil anak ketiga menjamu selera, malah terpaksa menghabiskan makanan yang tidak dimakan.

Akibatnya berat Fazley naik mendadak sama seperti isterinya yang sedang hamil.

Apa yang melucukan, selepas isterinya bersalin Fazley memberitahu beratnya masih lagi tidak turun dan dianggap masih sama dengan wanita hamil.

“Sebelah kiri gambar kami 6 tahun yang lalu, dan sebelah kanan gambar saya dan @azrene_ahmad terbaru. Azrene hilang 45kg dan saya turun 35kg!

“Ketika Azerene mengandung, dia makan saya makan, dia tak habis makan saya makan, dia merajuk tak nak makan, saya tetap makan!

“Azrene naik badan sebab mengandung, saya naik badan teman isteri mengandung! Hahaha.

“Namun kami berdua sepakat untuk sama2 turunkan berat badan, yelah azrene dah bersalin, saya TETAP MENGANDUNG!” Tulisnya.

Fazley berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi foto yang dimuat naik, jelas perbezaan tubuh mereka yang susut dan Fazley turut berkongsi tips bagaimana hendak menurunkan berat badan.

“Bila di tanya macam mana kami lakukan? Menjaga pemakanan, low or no sugar at all, dan berhati2 di dalam mengambil makanan harian. It wasnt easy, tetapi ianya mampu di lakukan! Setuju?” Katanya lagi.

Rata-rata terhibur dengan perkongsian Fazley dan mahu menurunkan berat badan seperti tips yang dikongsi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia sembilan bulan.

Sebelah kiri gambar kami 6 tahun yang lalu, dan sebelah kanan gambar saya dan @azrene_ahmad terbaru. Azrene hilang 45kg dan saya turun 35kg! Ketika azrene mengandung, dia makan saya makan, dia tak habis makan saya makan, dia merajuk tak nak makan, saya tetap makan! Azrene naik badan sebab mengandung, saya naik badan teman isteri mengandung! Hahaha. Namun kami berdua sepakat untuk sama2 turunkan berat badan, yelah azrene dah bersalin, saya TETAP MENGANDUNG! ?Bila di tanya macam mana kami lakukan? Menjaga pemakanan, low or no sugar at all, dan berhati2 di dalam mengambil makanan harian. It wasnt easy, tetapi ianya mampu di lakukan! Setuju?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on