Penyanyi popular Hollywood, Selena Gomez sedang menjalani rawatan mental akibat gangguan emosi yang dialaminya.

Selena mula dimasukkan ke hospital sejak beberapa minggu lalu, iaitu tidak lama selepas bekas teman lelakinya, Justin Bieber melangsungkan perkahwinan bersama Hailey Baldwin.

Menurut sumber, Justin masih rasa bersalah dengan apa yang berlaku terhadap Selena.

"Justin tidak akan berhenti menyalahkan dirinya, dia berasa sedih dengan kejadian ini.

"Justin juga merasakan Selena masih mencintai dirinya, dia turut bimbang perkahwinannya bersama Hailey menjadi punca kepada masalah yang dihadapi Selena," kata sumber.

September lalu, Justin dan Hailey telah mengejutkan peminat dengan melangsungkan perkahwinan mereka secara mengejut di sebuah lokasi rahsia di Amerika Syarikat.