Pasangan Khai dan Rosma berdepan detik mencemaskan apabila telefon pintar milik mereka hampir hilang semalam.

Bagaimanapun, telefon pintar yang mengandungi pelbagai maklumat penting keluarga itu dipulangkan semula apabila melihat gambar pasangan itu pada paparan skrin.

"Allahuakbar, telefon ini hilang tadi tanpa diduga, disebabkan wallpaper ada gambar saya dan isteri, pekerja hotel yang jujur kembalikannya dengan selamat.

"Tip yang saya nak bagi kat sini, letaklah wallpaper gambar, nama dan nombor telefon korang kat telefon.

"Buat sekarang sebab phone kalau nak hilang tak kira waktu," kongsi Khai.

Serik kata Khai apabila kejadian sama pernah terjadi kepadanya apabila iPad miliknya hilang dan tidak dikembalikan semula.

Ada antara peminat yang bersetuju dengan cara Khai namun kejadian tidak diduga itu terserah pada rezeki.