Terkenal dengan sikap selamba, pelakon Emma Maembong telah menunjukkan bakat tariannya di hadapan teman lelakinya, aktor Kamal Adli.

Malah video tarian itu juga dikongsi oleh Emma di akaun Instagramnya khas buat tatapan peminatnya.

Menerusi video tersebut, Emma telah menunjukkan ‘skill’ tarian ‘popping’ dengan gaya lucu sambil diperhatikan Kamal.

Tanpa diduga, sebaik sahaja Emma selesai, secara tiba-tiba Kamal pula turut menari dan kemudiannya diikuti dengan kru-kru pengambaran drama bersiri Assalamualaikum Cinta.

Menurut Emma, itu merupakan salah satu cara untuk mengurangkan rasa tekanan selepas penat bekerja.

“Sapa tgok #assalamualaikumcinta tadi di astro ria dan ria hd ? Hehe kitaorg dekat phuket shooting ke sambungan cerita nya hehe. Penat2 shooting sekali sekala kita gila2 dulu,” tulisnya.

Dalam pada itu, gelagat Emma ketika menari seakan-akan berada di dalam club dengan menggunakan lampu kereta turut membuatkan peminatnya ketawa.

Video Emma itu mendapat reaksi positif dan ada diantara pengikut Instagram bergurau untuk cuba menari seperti idola kesayangan mereka.

Dalam perkembangan lain, Emma dan Kamal kini berada di Phuket, Thailand untuk menyambung penggambaran drama Assalammualaikum Cinta yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula jam pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sapa tgok #assalamualaikumcinta tadi di astro ria dan ria hd ? Hehe kitaorg dekat phuket shooting ke sambungan cerita nya hehe. Penat2 shooting sekali sekala kita gila2 dulu ? jgn lupa tgok #assalamualaikumcinta setiap isnin-khamis pukul 10 malam di astro ria dan ria hd. #emavengers @emavengers

A video posted by emma_maembong New Account (@emma_maembongofficial) on