Penyanyi Black Hanifah selamat menimang cahaya mata kedua awal pagi tadi.

Isteri Black, Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.56 pagi.

Berita gembira ini disampaikan Black menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Dayyan dah dapat adik! Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yang baru lahir ini...

"Bayi dan mommy sihat walafiat... Aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM,
" tulis Black.

Dayyan dah dapat adik!!! ?Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yg baru lahir ini..bayi dan mommy sihat walafiat... aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM .. its a..... #nyawablack #blackpirlo #khaleefdayyan #KDRD #NIVAEL #NIMEMANGVIRAL

A post shared by #NYAWABLACK @cirakhairy (@black.hanifah) on


Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.