Pelakon popular Fasha Sandha berkongsi sebuah video dua orang anaknya sedang belajar mengaji bersama seorang tenaga pengajar di rumah.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Syukur Alhamdulillah Terima kasih tenaga pengajar daripada @alfaqeh_homequran kerana berjaya membuatkan dua anak saya belajar dengan mudah dan mereka juga pandai membuatkan anak2 saya yang masih kecil berminat untuk mengaji. Syukur. So proud of both of you my child. Semoga amalan kita dan semoga semua usaha ibu untuk anak2 ibu diberkatiNya, Amin. Kepada anda yang berminat, sila hubungi mereka kerana harga yang mereka berikan amat berpatutan. . +60 16-504 4532 ☎️ . . . . #instaikhlas . #imissmykids #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Ekoran perkara tersebut, terdapat segelintir netizen memuji tindakan Fasha di ruangan komen.

Menurut pengikut, Fasha seorang ibu yang menitikberatkan soal agama kepada anak-anaknya.

"@eshahhamid57: Alhamdulillah. Usaha seorang ibu yang baik. Dunia di cari akhirat dikejari."

"@warzinanahmad: Alhamdulillah @fashasandha train them from kids..Good example for others."

"@duniamainmain: Alhamdulillah, untuk anak Fasha ada ibu yang fikir untuk akhirat."

"@syeddris: Alhamdulillah..Semoga anak-anak Fasha menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang menyenangkan hati ibunya..Dan bakal memimpin tangan ibu ke syurga..Amin."

Fasha sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan Fasha dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.