Pelakon Nazim Othman mengakui kekok untuk melakonkan adegan intim dengan wanita lain ketika dalam drama.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nazim menjelaskan dia tidak faham bagaimana pelakon luar boleh melakonkan adegan tersebut dengan mudah tanpa berasa malu dengan orang sekeliling.

"Tak paham la macam mana pelakon negara lain buat adegan atas katil siap bergomol aneh-aneh depan crew yang ramai untuk tontonan sejagat.

"I baru buat scene jalan masuk bilik camni pun dah rasa krik krik.

Tak paham la macam mana pelakon negara lain buat adegan atas katil siap bergomol aneh-aneh depan crew yang ramai untuk tontonan sejagat. I baru buat scene jalan masuk bilik camni pun dah rasa krik krik..~ ??? Terima kasih kepada pengarah tersohor @rashidsibir atas kesudian mengarah diriku yang kerdil inieh.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


"Terima kasih kepada pengarah tersohor @rashidsibir atas kesudian mengarah diriku yang kerdil ini eh," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nazim dan mereka memujinya kerana masih menjaga batas ketika dalam lakonan.