Anugerah Juara Lagu 32 telah menobatkan lagu Aku Cinta nyanyia Ernie Zakri dan Syamel sebagai juara vokal terbaik tahun lalu.

Bagaimanapun, lagu Misteri milik Ernie gagal meraih tempat untuk ke peringkat semi final Muzik Muzik 33 tahun ini.

Kecewa dengan pemilihan senarai lagu yang bertanding tahun ini untuk ke pentas AJL33, peminat masih mahukan guru vokal Big Stage ini untuk beraksi sekali lagi di pentas berprestij itu tahun ini.

"Dia ni suara sedap tapi lagu tak best dan tak famous. Sorry Ernie. Tapi saya suka suara anda sangat-sangat dan perlu banyak promosi lagu sebab lagu itu tak pernah dengar di radio," tulis seorang pengguna di Twitter.

Namun, Ernie sebenarnya punyai pendirian sendiri mengenai kredibiliti dan pemilihan lagu untuk semi final Muzik Muzik 33 tahun ini.

"Kalaulah lagu famous sahaja yang layak, saya rasa kita harus check balik qualification setiap kali buat anugerah Lagu Terbaik.

"Saya akan cuba lagu untuk buat lagu sedap-sedap okey," jawab Ernie.

Selain Ernie, lagu viral Pematah Hati milik Nabila Razali juga gagal mara ke pusingan semi final Muzik Muzik 33 dan turut menyaksikan keluhan peminat artis itu selepas diumumkan kelmarin.