Gara-gara kelalaian Miera Liyana, satu dapur Eat Clean With Anis menjadi huru-hara ketika pelakon itu membantu hos program masakan tersebut, Chef Anis Nabilah.

Menerusi Eat Clean With Anis episod 3 kali ini, Miera nyaris-nyaris menyebabkan keadaan dapur huru-hara disebabkan kelalaiannya.

Mujur Chef Anis menyedari kelalaian dilakukan Miera dan memberi bantuan segera supaya dapurnya dapat diselamatkan.

Apa agaknya kesilapan dilakukan Miera sehingga hampir menyebabkan dapur chef Anis ‘berkecah’? Saksikannya sendiri di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 135), pada Ahad ini jam 7 malam.

Selain itu, penonton dapat menyaksikan Chef Anis menyediakan tiga jenis masakan yang menyelerakan tetapi mudah dan berkhasiat untuk dinikmati.

Tiga resepi itu termasuk bebola daging yang dimasak dengan cara menyihatkan.

Kepada anda yang suka makan, tetapi mahu memasak hidangan yang menyihatkan jangan terlepas untuk menonton program memasak terbitan Astro ini pada setiap Ahad!

Buat mereka yang terlepas untuk mendapatkan resepi menerusi program ini, anda boleh mendapatkannya di aplikasi SUUDU.

Hanya pilih paparan segmen TV Show; Clean With Anis, yang juga hentian kepada semua dimensi makanan sihat masa kini.