Penyanyi dan pelakon, Elyana, memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian saraf tunjang

Elyana diberitahu doktor yang membuat pemeriksaan terhadapnya bahawa dirinya kini berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.

“Semalam, doktor beritahu saya punya Limfa Node dah ada dalam saraf tunjang.

“Doktor beritahu jika saya tidak bertindak segera atau melakukan apa-apa kemungkinan saya boleh lumpuh.

“Jadi hari ini, nak jumpa doktor pakar dan bincang apa yang patut dilakukan,” katanya.

Bintang Gegar Vaganza musim ke empat (GV4) itu mendedahkan keadaan kesihatannya yang terkini menerusi akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Elyana dilihat sedang berada di hospital.

Elyana turut memberitahu kulitnya kini sudah mula mengering dah dia dinasihatkan untuk menjalani radiotherapy.

“Kalau korang boleh lihat, kulit, muka dan bibir saya sudah mula mengering.

“Doktor minta saya buat radiotherapy bermula hari ini. Ini pertama kali saya lakukannya, doakan saya ia berjalan lancar kerana saya agak gementar,” katanya lagi.

Terdahulu, Elyana pernah membuat pendedahkan yang dirinya sedang menghidap kanser kelenjar tahap empat.