Tinggal hanya sehari sahaja lagi sebelum filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Bagi menambah keterujaan anda sebelum menonton, apa kata anda ketahui dulu 7 trivia dan perkara menarik di dalam GG2 ini.
  1. Diana Danielle Vs Ummi Nazeera
Dua pelakon ini digandingkan buat pertama kali di dalam sebuah penggambaran dan GG2 filem pertama mereka berlakon bersama.
  1. Pertama Kali Potong Rambut Pendek
Diana Danielle pertama kali potong rambut pendek seumur hidupnya hanya semata-mata untuk menjayakan watak dalam GG2
  1. Ummi Nazeera Hamil
Ummi hanya mengetahaui yang dirinya hamil apabila ke hospital untuk membuat imbasan X bagi memeriksa kakinya yang terseliuh ketika penggambaran


4.Pengarah Dikejarkan Ke Hospital

Sewaktu penggambaran, pengarah Umi Salwana Omar telah tergelincir jatuh dan kepalanya terhentak di lantai. Umi terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambluans. Penggambaran dihentikan selama sehiari dan Umi telah kembali ke set keesokakn harinya walaupun masih sakit.
  1. Punca Fazura Tiada
Fazura tidak sempat membuat penampilan khas di dalam filem kerana tarikh penggambaran GG2 bertembung dengan penggambaran filem lain serta sedang sibuk menguruskan hal perkahwinannya. Bagaimana pun Fazura tetap hadir ke tayangan perdana untuk memberikan sokongan.
  1. Tiga Adik Berdik Terlibat
Mungkin penonton hanya akan kenal pelakon Nadiya Nisaa sahaja di dalam GG2 sebagai penampilan khas dalam filem ini, Tapi sebenarnya Nadiya bersama dua orang adik beradiknya yang lain iaitu Min Luna sebagai pereka produksi filem serta turut membuat penampilan khas dan seorang lagi adalah adiknya, Aida Noris. Ini merupakan penamlilan pertamanya sebagai pelakon.
  1. Pasukan Futsal Sebenar!
Semua pasukan futsal wanita di dalam GG2 adalah pasukan sebenar selain Pasukan Red Heatz yang menampilkan pemain futsal negara Niena Azman, Hannani dan Hanis serta personality radio Era, Fifie dan Khalie.

GG2 turut dibintangi pelakon lain seperti Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Jad Hidir dan ramai lagi.

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka telah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.