Rapper terkenal, Altimet seperti memberikan bayangan tidak akan muncul di pentas Anugerah Juara Lagu 33 sekiranya lagu Bunga nyanyiannya tersenarai.

Menerusi entri akaun Instagramnya, Altimet bertanyakan sekiranya ada penyanyi lain yang sesuai menggantikannya untuk menyanyikan lagu tersebut.

"Kalau Bunga masuk AJL33, siapa korang nak gantikan aku masa persembahan?" soalnya.

Soalan: Kalau #Bunga masuk #AJL33, siapa korang nak gantikan aku masa persembahan? Go.

A post shared by Altimet (@altimet) on


Bagaimanapun, kebanyakan komen yang ditulis peminat mahukan penyanyi asal iaitu dirinya sendiri untuk tampil di pentas AJL33 sekiranya lagu itu berjaya kelak.

Selain itu, ada antara peminat Altimet yang mencadangkan beberapa nama yang dirasakan sesuai untuk menggantikannya menyanyikan lagu Bunga.

Antaranya Awi Rafael, Aman Ra, Qarma Musiq, Salam Musik, Sona One, Waris dan termasuklah Zizan Razak.

Bunga tersenarai antara 30 lagu yang bakal mara ke semi final Muzik Muzik 33 dan akan berentap mulain 9 November depan.

Antara lagu lain yang mencabar tempat Altimet untuk ke AJL33 adalah Hikayat Benladin (Ben Ladin), Cakap Ke Tangan (Stacy), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra) dan Kau Pun Sama (Syamel).