Walaupun tanpa secalit solekan, wajah ibu mengandung ini cukup berseri-seri. Nourul Depp kini mengandung cahaya mata yang keempat.



Cahaya mata pertama beliau adalah bersama bekas suami, Ajai. Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak sememangnya mengikut kejelitaan ibunya, Nourul.



Bersama suaminya, Eric Daniel Depp, Nourul mempunyai dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3, dan sekarang mengandung cahaya mata yang ketiga bersama Eric.

Dalam posting terbaru beliau di Instagram, Nourul berkongsi gambar baby scan Zachary, Raphael dan kandungan terbaru beliau.



Kata Nourul, dia bersembang bersama ibu mertuanya dan perasan dengan perbezaan pada baby scan. Menurut Nourul, ada yang berkata jika posisi kandungan ke kanan adalah perempuan dan ada pula yang mengatakan posisi ke kiri akan dapat anak perempuan.



“Wallahualam. Hanya Allah Maha Mengetahui what is the best for me and my husband. Andai bayi perempuan itu baik untuk kami, maka perkenankanlah. Andai bayi lelaki, kami terima dengan penuh redha. Janji sihat dan sempurna sebagai seorang manusia.” tulis Nourul di posting tersebut.



Menurut Nourul lagi, dia akan mengetahui jantina kandungannya apabila membuat ujian dalam masa dua minggu lagi. Nourul juga berjanji akan berkongsi dengan peminat-peminatnya.

I will share with you. InsyaAllah”.

Kredit Gambar: Instagram @nouruldepp