Satu video dimuat naik oleh Shah, penyampai radio Gegar di Instagram beliau menunjukkan pergaduhan berlaku antara beliau dan beberapa orang daripada radio tersebut dengan Zoey Rahman.



Zoey dalam kenyataan balasnya di Instagram beliau menulis, “Nak Fitnah pun agak-agak lah Shah Gegar, tak puas hati jumpa depan-depan, tak payah nak viral!!!”



Zoey Rahman yang diketahui ramai sangat berhemah nampak begitu marah apatah lagi beliau dipanggil artis suam-suam kuku oleh seorang wanita di dalam video tersebut. Wanita itu juga mengugut bahawa Zoey akan digam oleh pihak media.

Zoey pula turut memarahi orang yang mengambil video kerana seolah-olah cuba untuk menjadikan video tersebut viral.

Gempak cuba menghubungi Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana, namun beliau enggan memberi sebarang komen kerana ketika hari kejadian iaitu semalam, beliau sedang bercuti.