Undi bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) kegemaran anda dalam Pencarian CUCKOO Friend 2019 sekaligus berpeluang beraksi dalam konsert sempena ulang tahun keempat Cuckoo.

Di minggu ke tujuh GV5, hanya lima bintang dengan undian tertingi dipilih untuk merebut gelaran CUCKOO Friend 2019 di Konsert Cuckoo yang berlangsung pada 13 November depan.

Semua orang awam termasuk pekerja atau keluarga Cuckoo dialu-alukan untuk membuat undian sekarang sehingga sebelum konsert akhir kelak.

Keputusan pencarian CUCKOO Friend 2019 akan diumumkan ketika konsert akhir GV5.

Pengundi juga berpeluang untuk memenangi termos eksklusif Kyndell Cuckoo bernilai RM150.



Undian boleh dilakukan di dalam microsite https://cuckoo.com.my/pencariancuckoofriend2019

Mudah sahaja, caranya anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan di dalam borang yang disediakan di website dan kemudian pilih bintang GV5 kegemaran anda dengan menekan butang VOTE.

10 bintang GV5 yang masih lagi kekal adalah Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Dia Fadila, Shafie Rio, Hetty Sarlene, Forteen, Billy Zulkarnain dan Farawahida.

GV5 bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.