Penyanyi dan Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Hetty Sarlene mengakui sudah menerima tawaran untuk berlakon.

Menurut Hetty, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus pada GV5 terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.

“Saya sudah menerima tawaran untuk berlakon semula tapi saya cakap kepada pengarah tersebut untuk tunggu sebentar kerana saya masih dalam GV5.

“Saya jenis tidak suka melakukan banyak perkara dalam satu masa sebab saya mahu fokus pada satu benda dahulu.

“Ini kerana saya tidak mahu penat dan disebabkan itu akan menjadi masalah jika saya tidak boleh fokus.

“Mungkin selepas habis GV5 baru saya akan kembali semula untuk berlakon,” katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).