Penyanyi Nourul Wahab bengang apabila terdapat segelintir peminat yang menyuruhnya menyertai pertandingan nyanyian berulang kali.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Nuorul, dia faham betapa peminat meminati dan menyokong dirinya sebagai penyanyi.

Nuorul juga mengakui dia belum di tahap seorang yang hebat serta masih belajar, justeru dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan dan kemahuan peminat.

Nak pesan lagi. Dah tak larat nak jawab. . Baca ni ya wahai semua peminat kesayangan ku. Saya faham bagaimana cinta nya you all pada nyanyian dan Bakat saya. Saya faham yang penyokong saya nak tunjuk bagaimana hebatnya penyanyi kesayangan mereka. Saya tahu dan faham sangat2. ? . Saya tak hebat. Saya masih belajar. Saya ada pendirian saya. Maafkan saya kerana tak dapat penuhi permintaan dan kemahuan you all. Itu kemahuan you all. Tapi itu yang saya tidak mahu. . Saya lebih suka untuk buat persembahan bukan pertandingan. Ingat, brand sesuatu program yang dah famous ada musimnya. Saya tak mahu jadi artis bermusim. Biarlah untuk semua musim. . Sila fahamkan konsep sesuatu pertandingan atau program di TV. Tidak semestinya seseorang artis itu perlu sertai semuanya. Ada sesetengah program itu, penerbitnya tidak mahu memilih seseorang artis itu atau sebaliknya. Masing2 punyai pendirian. . Saya hormati semua program TV dan radio di Malaysia ini. Kerana mereka banyak menyokong saya dari awal sehinggalah hari ini. . Ada tak Team GV bertanya saya? Ya ada. Dari musim kedua. Tapi saya menolak. Bukan saja GV, malah Program The Voice di Paris , France. . Bukan nak tunjuk hebat. Saya tidak sehebat mana. Seperti mana saya terangkan tadi, saya masih belajar. Setiap hari. Saya punya prinsip dan perancangan saya. Ianya mungkin bertentangan dengan kemahuan peminat saya. Tapi itu pendirian saya. . Maafkan saya. Sekali lagi saya beritahu, ini penjelasan nya. Jangan tanya saya lagi. Just come to my show. Insya-Allah lepas bersalin next year kita buat. Masa tu you all datang . Buat masa ini saya lebih suk menyanyi di persembahan pentas yang diundang syarikat tempatan dan antarabangsa atau untuk aktiviti amal di Ig ni tang saya sedang jalankan untuk rumah Nurhati. Mohon semua untuk beri sokongan yang seperti selalunya. . Saya kasihkan semua penyokong dan peminat saya sebagaimana you all kasihkan saya. Satu hari, i will make you prouder than now. Insya-Allah. ??? . . #myfansmyprecious #newrules #myrules #mycareer #mysinging #love

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Nuorul menegaskan dia tidak ingin memasuki pertandingan kerana tidak mahu menjadi artis bermusim.

Nuorul menjelaskan buat masa ini dia hanya memenuhi jemputan persembahan pentas yang diundang syarikat tempatan dan antarabangsa serta melakukan aktiviti amal.

Nuorul berharap peminat akan memberi sokongan kepada persembahannya yang akan diadakan selepas dia bersalin.

Rata-rata peminatnya menyokong kenyataan tersebut serta menginginkan Nuorul kekal sepanjang zaman.

Nuorul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mula aktif di industri hiburan pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.