Pelakon Amar Baharin memuat naik foto isterinya, Amyra Rosli ketika sedang berada di meja makan sebuah restoran.

Gambar tersebut dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Isteri umpama sambal, lagi pedas, lagi tak nak lepas, tambah lagi ada lah!

"Tambah sambal ya, jangan macam-macam!" tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi respon tersendiri terhadap kenyataan berani yang ditulis Amar.

Lebih menarik perhatian apabila Amyra sendiri turut meninggalkan komen.

"Jangan macam-macam sayang, mandi sambal nanti!" tulisnya yang juga dalam bentuk gurauan.

Isteri umpama sambal. Lagi pedas, lagi tak nak lepas. Tambah lagi ada lah... . ( ? tambah sambal yee, korang jgn nak mcm2 ?)

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on


Pasangan ini mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aqeef Anaqi yang bakal berusia setahun pada bulan Disember ini.