Pelakon Wawa Zainal mendedahkan anaknya, Hayla, 3, berang selepas melihat bapanya, Aeril Zafrel bersama dengan wanita lain.

Semuanya gara-gara Aeril memainkam rakaman videonya dalam satu babak bersama pelakon Elizad sedang menjalani sebuah penggambaran.

Hayla bukan sahaja memarahi bapanya malah turut menangis serta bertindak mencakar Aeril.

"Hayla tengok video ni tadi. Dia cakap 'ayah janganlah dengan perempuan lain. Kesian mama'.

"Dan Aeril terus mainkan video itu lama-lama, Hayla menangis habis dia pukul, dia cakar ayah dia.

"Dia jerit kesian mama!!! Ya Allah terharunya saya sampai nak menangis... Macam siapa ajar dia ni?," tulisnya

Wawa berkongsi video dan kapsyen tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Wawa bagaimanapun terharu dengan respon yang diberikan anaknya itu kerana biarpun masih kecil namun sudah memahami.

Pasangan itu terpaksa memujuk Hayla dan menjelaskan ia hanya lakonan sahaja sehingga anaknya berhenti menangis.

"Awak baru tiga tahun sayang tapi dah faham. Sampai sekarang tak boleh lupa situasi itu. Harap-harap ayah dia ingatlah sampai bila-bila.

"Selepas itu, kami pun jelaskan tu lakonan saja. Lama jugalah baru dia berhenti menangis. Alahai anak... Ayah tengah jalani penggambaran," katanya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla.

hayla tgk video ni tadi.. dia cakap ‘ayah jangan la dgn perempuan lain.. kesian mama’.. and aeril keep play the video lama2 hayla nangis habis dia pukul dia cakar ayah dia .. & jerit kesian mama!! YA ALLAH terharu i smpi nak menangis.. like siapa ajar dia ni?? u are only 3 syg tapi da faham???? sampai skg tak boleh lupa that moment? harap2 ayah dia igt la smpi bila2?? then kitorang pun explain tu shootingg je.. lama jgk la baru dia berenti nangis?? alahai anak ..ayah tgh shooting #cintatanpahenti tu #unforgettablemoment

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on