Pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey membuat dedikasi khas untuk isterinya, Nur Syahira A.Rahman atau Sya sempena hari lahir Sya yang ke-24 baru-baru ini.

Fad memuat naik video bersama kapsyen khas yang ditujukan kepada Sya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

"Assalamualaikum, yeayy hari ni 21/10/2018 bertambah lagi usia mommy, daddy doakan mommy sentiasa dirahmati, dilindungi dan diberkati Allah SWT.

"Terima kasih kerana sentiasa berdiri teguh di belakang saya dari kita kenal sampai kahwin dan sampai la ada anak 3 ni.

Assalammualaikum,Yeayyy hari ni tanggal 21/10/2018 bertambah lagi usia mommy,ddy doakan mommy sentiasa dirahmati,dilindungi dan diberkati Allah SWT,terima kasih kerana sentiasa berdiri teguh dibelakang sy dari kita kenal sampai kahwin dan sampai laa ada anak 3 ni..ddy doakan mommy diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat,tak nak ckp panjang2 takut nanti nangis???I LOVE U SO MUCH,HAPPY BIRTHDAY MY LOVE????❤️(video ni gambar kite baru2 kenal dulu sampai la kahwin lepas tu ada kembar lepas tu ada aminah lepas tu agak2 ada lagi ke???? Hahahahaha ???sekejap masa berlalu??)

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on


"Daddy doakan mummy diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, tak nak cakap panjang-panjang takut nanti nangis.

"I love you so much, happy birthday my love (video ni gambar kita baru kenal dulu sampai la kahwin lepastu ada kembar lepastu ada aminah lepastu agak-agak ada lagi ke? Hahaha sekejap masa berlalu," tulis Fad.

Fad telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada isterinya sebagai hadiah.

Rata-rata peminat Fad memuji tindakan pelawak itu yang dianggap sebagai sesuatu yang 'sweet'.

Pengikut laman Instagram Fad juga mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia.

Fad dan Sya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.