Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) bakal ditayangkan kepada umum pada 25 Oktober ini.

Bagi menghangatkan lagi rasa keterujaan peminat filem GG2 ini, Astro Gempak secara eksklusif menayangkan 20 minit pertama tayangan perdana dari filem tersebut.

Meskipun hanya 20 minit, namun pelbagai drama dan babak menarik yang timbul antara pelakon utamanya Diana Danielle dan Ummi Nazeera ketika baru hendak memulakan pembelajaran mereka di sebuah kolej.

Babak kemuncak antara dua pelakon itu adalah apabila berlaku pergaduhan mereka di dalam surau sehingga mencetuskan kekecohan di kolej mereka. Namun apa punca pergaduhan itu?

Selain itu, jangan terkejut apabila melihat pelakon Aedy Ashraf dengan selamba telah memasuki asrama wanita. Tapi persoalannya apa yang berlaku sehingga Aedy sanggup menyelinap masuk ke asrama wanita?

Menariknya lagi, dalam tayangan perdana ini kemunculan penyanyi dan pelakon, Ziana Zain yang turut membuat penampilan khas. Namun apakah kaitan Ziana dan Ummi?

Sementara itu, pertama kalinya pelakon Syafiq Kyle dilihat selesa jadi pakcik bawang? Macam mana pula gayanya?

Saksikan tayangan perdana GG2 secara eksklusif hanya di Astro Gempak.


GG2 turut dibintangi pelakon lain seperti Sharifah Amani, Sazzy Falak, Jad Hidir dan ramai lagi.

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka telah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.