Pelakon Ezzaty Abdullah memerli segelintir netizen yang beranggapan dia tidak lagi mendapat tawaran berlakon.

Ezzaty menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik sekeping foto beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Dalam kapsyen terbabit, Ezzaty memberitahu dia perlu juga memuat naik foto ketika penggambaran kerana terdapat individu yang mempersoalkannya.

"Kadang-kadang kena post juga gambar shooting rupanya sebab selalu ada je yang tanya 'eh kenapa dah lama tak shooting? Takde job ke?

Kadang2 kena post jugak gambar shooting rupanya sebab selalu ade je yang tanya ‘eh kenapa dah lama tak shooting? Takde job ke?’ Tak baik tau. Mesti bukan follower sbb tak tgk story kita. Haha. Takpe. Harap2 gambar shooting ni banyak likes ?#motifkejarlike. Oh, lupa nak kenalkan. Nama kita Dayang. #pelangicintaabudhabi @rtm_malaysia

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on


"Tak baik tau. Mesti bukan follower sebab tak tengok story kita. Haha.

"Takpe. Harap-harap gambar shooting ni banyak likes," tulis Ezzaty.

Ezzaty juga berseloroh dengan mengatakan mungkin bukan pengikutnya yang berfikiran begitu kerana tidak mengikuti Instagram Stories miliknya.

Rata-rata netizen turut memuji hasil lakonan Ezzaty serta berpendapat drama yang dilakonkannya berkualiti.

Ezzaty mula aktif di industri hiburan pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.