Pelakon baru yang sedang mencipta nama, Aida Noris menceritakan pengalamannya membintangi filem terbaru iaitu Gol & Gincu 2 (GG2).

Menurut Aida, watak yang diberikan kepadanya agak mencabar kerana memerlukannya untuk dirinya bertutur dalam loghat Sabah.

"Ini adalah filem pertama lakonan saya, sebelum ini saya aktif dalam pementasan teater.

"Saya harus bertutur menggunakan dialek Sabah untuk semua babak lakonan dalam GG2 ini.

"Pada mulanya ia agak mencabar, tetapi selepas mengikuti beberapa kelas, akhirnya saya boleh bercakap menggunakan dialek Sabah dengan baik," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Aida merupakan adik kepada pelakon Nadiya Nisaa dan 'stylist' fesyen terkenal tempatan, Min Luna.

Lakonan Datin Diana Danielle dan Ummi Nazeera serta beberapa wajah baru dalam industri filem tempatan mewarnakan lagi filem GG2

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2 yang bakal mula ditayangkan di pawagam pada 25 Oktober ini!