Penyanyi, guru muzik dan bintang program Big Stage, Sissy Iman berkongsi mengenai minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.

Menurut Sissy, sebagai seorang guru muzik, dia mendengar semua genre muzik tetapi ada beberapa jenis lagu yang menjadi kegemarannya.

"Sejak kecil, I listen to Anuar Zain a lot!

"Boleh dikatakan banyak lagu Anuar Zain menjadi kegemaran saya kerana dia memiliki teknik nyanyian yang hebat.

"Selain itu, saya menggemari lagu-lagu jazz yang dinyanyikan oleh Datuk Sheila Majid dan Michael Buble, ia banyak memberi inspirasi terhadap saya.

"Saya juga amat mengagumi hasil karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee kerana dia memiliki idea yang sangat kreatif dalam menghasilkan lagu dan filem," katanya kepada gempak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Sissy telah disenarai pendek dalam program Dewi Remaja yang dijangka bermula tidak lama lagi.