Sekeping gambar milik model dan pelakon Amelia Henderson menjadi bualan netizen apabila cara berpakaiannya dikritik kerana terlalu seksi.

Menerusi entri di Instagram (IG), gambar yang dimuat naik oleh Amelia dikatakan terlalu seksi dan menampakkan lurah buah dadanya.

Tindakan pelakon itu mengundang reaksi kurang selesa dalam kalangan peminatnya.

Kebanyakannya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Amelia dan menyifatkan ia tidak sesuai dan agak keterlaluan.

everyday is my birthday ? wearing @lasenzamalaysia ‘s Halloween collection, the La Senza SkyAvenue store opens on the 28th with all the latest collections available so watch this space, more coming #LaSenzaMalaysia

A post shared by amelia thripura henderson (@ameliath) on


Gambar tersebut memaparkan Amelia sedang mempromosikan sebuah jenama pakaian dalam terkenal di sebuah majlis di Hong Kong.

"@tinarasid: Wow belanja sempena birthday."

"@iam_hanafidino: Kalau macam ni la Artis lama dah kena salai."

"@r4yy4nn_: f*ck, terus tak minat kau weh, bye."

"@papafizo: Jangan bajet-bajet orang puteh sangat sis, nanti tak sempat nak taubat. Kalau family tak kisah pkai macam tu ingat Allah."

"@ifraiftimekayla: Astafirullah. Apa dia rasa ya pakai macam ni, tak rasa segan, malu dengan Allah ka,semoga kita semua sempat taubat. Saya suka tengok sis berlakon, tergerak hati dan tangan untuk menegur rasanya pakaian tu dah terlalu lalu melampau. Maaf sekali lagi."


Mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 2000, pelakon berdarah kacukan Scotland dan India ini sering muncul menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.