Menerusi entri di Instagram (IG), Lana berkongsi sebuah video meminta supaya orang ramai dapat mendoakan kesihatan dirinya dan kandungan agar semuanya selamat.
"Terima kasih banyak-banyak kepada @rampaiputeri yang menjaga Lana dan beri layanan dengan baik dan selesa pada family Lana.
"Thank you so much, Alhamdulillah semuanya selamat dan baik-baik belaka dan hari ni dapat discharge setelah di monitor 24 jam.
"Doakan Lana dan kandungan semoga sihat sampai pada masanya. Amin," tulisnya.
Rata-rata mendoakan agar Lana dan kandungannya sentiasa sihat dan dia mendapat rehat secukunya ketika hamil.
Lana dan Daud mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie.