Pelakon jelita, Zahirah Macwilson terkejut apabila namanya dikaitkan dengan aktres Rita Rudaini.

Dituduh mempunyai masalah dengan Rita, Zahirah mengakui dirinya tidak pernah berjumpa atau bersua muka dengan dramatis cantik itu.

"Saya tahu Rita adalah aktres senior dalam industri lakonan tempatan dan sebagai seorang yang baru dalam bidang hiburan, saya menghormatinya...

"Tapi, saya tak kenal dia secara peribadi kerana kami tidak pernah berlakon bersama atau menjayakan mana-mana penggambaran atau sesi fotografi.

"Sejujurnya, saya sendiri rasa terkejut dan tidak mengetahui mana datangnya desas-desus ini," kata Zahirah.

Bintang drama bersiri Duda Pujaan Dara itu ditemui di Majlis Pengumuman Pemenang Kempen #ThroughTheLens Make Stories Happens AirAsia di Kota Damansara baru-baru ini.

Make Stories Happen ?? Thank you @airasia #ThroughTheLens #AirAsia #AirAsiaX

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on


Mengakui dirinya masih hijau, Zahirah enggan menimbulkan isu dengan mana-mana pihak.

"Saya baru tiga tahun melibatkan diri dalam industri lakonan... Masih muda dan banyak perkara yang perlu saya belajar...

"Rasanya, saya tidak pernah buat salah atau bergaduh dengan mana-mana individu, kecuali ada sesetengah perkara yang sudah berlalu. Saya tak mahu timbulkan isu dengan mana-mana pihak.

"Tetapi saya akui, sebagai manusia kita tak akan lari dari membuat kesilapan... Jika saya ada buat apa-apa kesalahan tanpa saya sedar, saya memohon maaf," katanya lagi.