Nita Hamzah Kongsi Foto Majlis Resepsi, Peminat Ucap Selamat Pengantin Baru

Hiburan
Nita Hamzah Kongsi Foto Majlis Resepsi, Peminat Ucap Selamat Pengantin Baru
Meskipun sudah mendirikan rumah tangga pada 29 April lalu, namun penyanyi Nita Hamzah masih lagi menerima ucapan selamat pengantin baru dari peminatnya.

Ia bermula selepas Nita, 29, baru sahaja berkongsi foto di majlis resepsinya di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Nita memberitahu majlis resepsinya itu telah berlangsung pada 30 September lalu.

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwiannnya.

Nita bernikah dengan Mohd Fareez Shamsul Bahari, 30, pada 29 April lalu.

Nita yang juga pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua dan Fareez berkenalan sejak empat tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos 2017.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:

 

Artikel Berkaitan