"Saya Tak Lari...." - Elfira Loy Rahsia Majlis Pertunangan Hormati Permintaan Keluarga

Hiburan

Pelakon dan pengacara Elfira Loy mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bertindak untuk tidak menghebahkan berita pertunangannya kepada umum. 

"Sebenarnya kalau anda perasan, berita pertunangan itu bukanlah disampaikan oleh saya.

"Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya untuk ahli keluarga sahaja. Tak tahu bagaimana berita tu boleh tersebar.

"Sebenarnya perancangan awal hanyalah untuk merisik tapi setelah berbincang, pihak di sebelah sana mencadangkan untuk melangsungkan pertunangan sekaligus," katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh pernikahannya, Elfira seakan memberi bayangan ia akan diadakan tahun depan. 

Menjawab pertanyaan media sama ada dia cuba untuk 'lari' dari menjawab soalan berkaitan pertunangannya, Elfira mempunyai jawapan tersendiri.

"Saya tak lari pun, sebab tak ada orang kejar," selorohnya ketika ditemui di Majlis Pengumuman Pemenang Kempen #ThroughTheLens Make Stories Happens AirAsia di Kota Damansara malam tadi.

Tambah Elfira lagi, dia menghormati permintaan kedua-dua keluarga untuk menjadikan pertunangan ini lebih 'intimate'.

Lagipun dengan tempoh perkenalan yang masih baru lagi, Elfira ingin mengambil masa untuk benar-benar mengenali pilihan hatinya. 

Elfira telah melangsungkan pertunangan 2 September lalu dengan jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar.
 

Artikel Berkaitan