Baru tiga hari runut bunyi filem Polis Evo 2 dimuat naik di saluran YouTube milik Rocketfuel Network, lagu itu sudah berjaya menarik perhatian peminat.

Runut bunyi Sang Saka Biru yang menggandingkan Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif kini sudah mencecah hampir 200,000 tontonan.

Walaupun hanya video lirik yang ditayangkan namun peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton sekuel Polis evo 2 tidak lama lagi.

BACA: Sebelum Menonton, Ini 13 Karakter Berprofil Tinggi Yang Perlu Anda Tahu Dalam Polis Evo 2

Menerusi ruangan komen di YouTube berkenaan, banyak komen positif yang diterima dan rata-rata peminat memuji melodi serta lirik lagu tersebut.



Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.

Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton menerusi pawagam seluruh negara mulai 22 November depan.