“Tak Ada Related Pun” – Melda Ahmad, Wajah Persis Ayda Jebat

Hiburan
“Tak Ada Related Pun” – Melda Ahmad, Wajah Persis Ayda Jebat
Pendatang baru, Melda Ahmad mendapat perhatian netizen kerana wajahnya dikatakan seiras dengan penyanyi popular, Ayda Jebat.

Melda mula dikenali selepas pelawak Zizan Razak memperkenalkan identiti wanita yang menyanyi bersamanya menerusi lagu terbaru berjudul Kau Tak Kan Tahu baru-baru ini.

Melda bersama Zizan Razak

Bagaimanapun kata Melda, dia tidak mempunyai sebarang tali persaudaraan dengan penyanyi berkenaan.

Melda memberitahu perkara itu menerusi akaun Insta Story miliknya baru-baru ini.

“Tak ada related pun, cuma dulu dia junior dekat fakulti muzik UITM, jadi sewaktu dia mula-malu masuk dahulu pun dah biasa orang samakan,” katanya sambal tersnyum.

Terdahulu, Melda pernah membintangi drama bersiri Gadis Semasa Sunsilk pada tahun 2011.

Selain itu, Melda juga pernah mempunyai beberapa buah lagu iaitu Kimia, Putus, dan Aku Adalah Aku.

 

Foto: Instagram @meldaahmad / @aydajebat

Artikel Berkaitan