"Marilah Berdoa Semoga Suspek Segera Ditahan Polis" - Nazim Othman Berang Dengan Kes Langgar Lari!

Hiburan

Pelakon Nazim Othman meluahkan rasa geram berkenaan tragedi yang menimpa seorang wanita yang dilanggar lari di Cyberjaya pada Rabu malam.

Tegas Nazim, dia berharap suspek tersebut akan ditangkap polis dengan kadar segera walaupun kemalangan itu terjadi tanpa disengajakan.

"Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh allahyarhamah Wan Amirah dicucuri rahmatNya.

"Marilah berdoa semoga suspek segera ditahan polis.
 

"Aku tak kiralah yang bawa kereta tu mabuk ketum ke, keracunan flakka ke, sengaja ke tak sengaja ke.

"Akan ditahan pihak berkuasa dengan segera. Kalau tak sengaja sekalipun tak perlu lari," tulis Nazim.

Memetik laporan Astro Awani, malam Rabu lalu, Wan Amirah Wan Alias dirempuh dalam satu kes langgar lari di hadapan bangunan kedai Shafbury, Cyberjaya.

Menerusi video yang dipercayai dari kamera litar tertutup (CCTV), mangsa cuba berlari ke tepi jalan apabila menyedari kereta itu dipandu laju namun gagal serta dirempuh dan diseret beberapa meter. 

Wan Amirah yang cedera parah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 4 pagi semalam.

Artikel Berkaitan