Bila Anak Buat Carian Nama Ibunya Di ‘Google’, Ini Respon Amelina

Hiburan
Bila Anak Buat Carian Nama Ibunya Di ‘Google’, Ini Respon Amelina
Penyanyi Amelina akui tertekan setiap kali membuat carian namanya di internet seperti ‘Google’.

Semuanya gara-gara hasil carian tersebut ia keluar mengenai laporan serta berita tentang kisah silamnya menghilangkan diri dari dunia seni serta kaitan dengan cerita cintanya.

Pemilik nama sebenar Amelina Amir Sharipuddin, 44, berkata lebih tertekan apabila anaknya sendiri yang membuat carian tersebut. 

Namun bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu bernasib baik kerana anak-anaknya amat memahami dirinya dan bijak berfikir.

“Kalau google nama Kaklong (Amelina) yg keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback & cerita silam Kaklong ‘hilang’ meninggalkan dunia seni. Selebihnya banyak mengenai cinta dgn seorang lagi ‘Raja Dangdut’ ketika itu.

“Kadang2 stress pulak bila google nama sendiri. Tak pun kalau anak2 yg sibuk google & lepas tu bertanya kat Kaklong. Lebih parah kalau kawan sekolah dorang yang google & kemudian ‘membawang’ pasal Kaklong.. Aduhhhh stress! 

“Tapi nasib baik anak2 semua faham & sentiasa bijak berfikir secara logik. So Kaklong takdelah pening sgt nak melayan sebarang soalan. Korang ada ke google nama sendiri & stress lepas tu?! “ 
tulisnya

Amelina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Rata- rata pengikutnya meminta agar penyanyi kegemaran mereka tidak begitu tertekan dan lebih fokus pada persembahan GV5 Ahad ini.

Konsert keempat GV5 akan datang Amelina bakal membawakan lagu Tak Pernah Hilang berduet dengan penyanyi Sam Innuendo.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau google nama Kaklong, yg keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback & cerita silam Kaklong ‘hilang’ meninggalkan dunia seni. Selebihnya banyak mengenai cinta dgn seorang lagi ‘Raja Dangdut’ ketika itu. 🙈🙈🙈 . Kadang2 stress pulak bila google nama sendiri. Tak pun kalau anak2 yg sibuk google & lepas tu bertanya kat Kaklong. Lebih parah kalau kawan sekolah dorang yang google & kemudian ‘membawang’ pasal Kaklong.. Aduhhhh stress! 😬😥😜. . Tapi nasib baik anak2 semua faham & sentiasa bijak berfikir secara logik. So Kaklong takdelah pening sgt nak melayan sebarang soalan. Korang ada ke google nama sendiri & stress lepas tu?! ❤️🙏🏻🌺 . 👗 @razman_razmikualalumpur 📸 @bynanaazman . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Artikel Berkaitan