Apabila ibu saya berkata “Cantik baju kurung kedah Tun Dr. Siti Hasmah pakai. Simple tapi menarik. Tanyakan mana nak beli?” seloroh ibu saya.

Sambil melihat gambar-gambar yang ditunjukkan ibu saya di telefon bimbitnya, sambil berfikir macam mana nak tahu di mana Tun beli baju kurung kedah yang dipakainya.



Saya mula menggodek Instagram. Niat untuk membeli sepasang kurung kedah untuk ibu tiba-tiba datang membuak-buak. Walaupun sangat tidak yakin baju kurung kedah tersebut wujud dijual di Instagram, saya tetap cuba.

Memang sesungguhnya rezeki itu ketentuan Tuhan. Saya bertemu dengan satu Instagram @houseofolsha. Paling teruja, terdapat beberapa keping gambar Tun Dr. Siti Hasmah di dalamnya yang memakai baju kurung kedah.



“Mesti mahal,” jentik hati saya.

Lalu saya buka Instastory untuk melihat harganya. Terkejut melihat harganya hanya daripada RM160 hingga RM190 sahaja.

“Biar betul! Takkan isteri Perdana Menteri Malaysia hanya pakai baju kurung kedah harga macam ni jer? Atau mungkin sekadar baju yang hampir serupa tetapi lebih mahal harganya.



Tidak mahu berteka teki, saya Direct Message dan cuba dapatkan nombor telefon empunya kepada Olsha. Saya dapat menghubungi Farra Olivia yang merupakan rakan kongsi kepada Kay Mazlie, dan mereka bersama membina jenama Olsha.



Agak keberatan bercerita, namun akhirnya mengakui, Tun Dr. Siti Hasmah adalah salah seorang pelanggan baju kurung kedah jenama Olsha yang setia. Malah Tun Dr. Siti Hasmah sudah mula menjadi pelanggan mereka sebelum beliau menjadi Wanita Pertama buat kali kedua.



“Tun banyak juga beri idea,” kata Farra ketika dihubungi.

“Kami menjual baju kurung kedah kain kapas jenis polos dan batik, dan harga yang kami jual untuk baju kurung kedah polos adalah RM160, manakala batik pula RM190.



“Kalau nak walk in, baju kurung kedah Olsha ni ada dijual di Label Luxe, Taman Tun Dr. Ismail, atau boleh saja ke Instagram kami di @houseofolsha.

Terima kasih Farra, syukur niat ibu saya nak pakai baju kurung kedah seperti yang dipakai Tun Dr. Siti Hasmah nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Jumpa lagi.

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Instagram @houseofolsha