Penyanyi Zamani mendapat pujian daripada juri jemputan Datuk Nash pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu.

Nash berkata persembahan Zamani ketika membawakan lagu Inggeris, This Love nyanyian Maroon 5 malam itu cukup memukau seperti melihat Zamani yang baharu.

“Awak kini sudah kembali dengan berbintang-bintang.

“Saya harap awak akan kekal hingga ke final!” komennya selepas persembahan Zamani.

Persembahan hebat Zamani pada malam itu telah mengekalkan kedudukannya di dalam GV5 pada minggu hadapan.

Paling membanggakan, Zamani turut diumumkan sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak pada konsert tersebut.

Dengan gelaran Bintang Cuckoo Paling Gempak itu, Zamani berjaya membawa pulang penapis udara dan humidifier, Cuckoo C+.


Cuckoo C+ bertindak menapis udara yang kotor, memerangkap zarah halus dan meningkatkan kualiti udara di dalam bilik dan ruang tamu rumah anda.

Ia dapat membantu untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan keluarga dengan mewujudkan persekitaran udara yang bersih, sihat dan naman dalam rumah.

Dengan penambahan fungsi humidifier, ia dapat meningkatkan tahap kelembapan dalam udara di mana air ditukarkan kepada wap sejuk. Fungsi ini berupaya menghasilkan udara sekeliling yang lebih sejuk dan segar.

Selain itu, kelebihan Cuckoo C+ adalah ia menggunakan teknologi plasma ionizer dengan tujuh peringkat tapisan.

Dengan fungsi dust indicator, penapis udara ini dapat membantu anda mengetahui tahap kebersihan udara.

Selain merangkap udara, Cuckoo C+ juga dapat memerangkap bau-bau yang kurang menyenangkan.

Cuckoo C+ mempunyai penapis Ultra PM2.5 yang mendapat kelulusan dari UPM.

Untuk maklumat lanjut mengenai penapis udara Cuckoo C+ layari https://www.cuckoo.com.my/products/air-purifiers/c-plus/