Berkongsi momen sesudah menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta di ibukota, detik itu lebih indah apabila dia turut ditemani kedua-dua isterinya, Lily Khay dan Norazlin Abdullah.
"Bidadari penguat semangat, @kolin_abdullah @lilykhay terima kasih kerana berada di sini," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Dalam foto terbabit, kedua-dua isteri Rahim mesra duduk bersebelahan di tepi katil penyampai radio Sinar itu.
Perkongsian itu mendapat pujian peminatnya yang menyifatkan kedua-dua isteri Rahim penyayang dan sangat bertoleransi dalam melayari alam rumah tangga.
Terdahulu, Rahim mengemaskini akaun media sosialnya mengenai keadaan kesihatannya sejak semalam sebelum menjalani pembedahan terbabit.
Baca: Rahim Sepahtu Bakal Jalani Pembedahan Usus, Shuib Mohon Peminat Mendoakan Sahabatnya
Pembedahan bariatrik merupakan prosedur untuk mengatasi masalah reflux (muntah-muntah selepas makan) dan obesiti.
Sebelum ini, juara Gegar Vaganza 4, Aishah pernah menjalani prosedur sama dan menyaksikan perubahan berat badannya dari semasa ke semasa.