Pelakon Shukri Yahaya meluahkan rasa kesal terhadap mutu lakonan yang ditunjukkan oleh bakat baru dalam industri hiburan.

Menerusi entri di Instagram (IG) story miliknya, Shukri mengingatkan pelakon baru supaya tidak menyusahkan semua orang dengan mutu lakonan yang ingin ditunjukkan.

“Harap lepas ni producer/direktor carilah pelakon baru/extra yang boleh berlakon, jangan menyusahkan semua. Aku tahu kamu yang baru mahu menunjukkan yang kamu boleh berlakon. Takkan scene kene marah, scene pukul kau nak pukul betul-betul.

“Mampus la orang yang kena tu. Kalau kau dekat tempat orang tu pun lunyai kau kena. Aku scene pukul gaduh jerit marah semua aku dah buat tapi takdelah sampai mampus orang tu.


“Kata belajar berlakon dengan orang hebat-hebat? Ye, betul amek emosi hebat mereka, belajar tekniknya. Harap cikgu yang mengajar bukan setakat mengajar 'masukkan roh' itu, ajar sekali teknik cameranya sekali.

"Belajar cari kamera, teknik lempang, teknik pukul, semua ada teknik sayang. Kau setuju ke aku lempang tendang terajang kau betul-betul? Shotkan banyak dalam satu scene?

“Satu sceen kalau ada 10 shot, 10 kali kau nak lempang terajang orang tu? Atau kau kena? Pelakon yang bagus adalah pelakon yang bijak,” tulisnya.

Dalam pada itu Shukri mengingatkan kepada guru kelas lakonan supaya tidak cuma mengajar cara mendapatkan emosi sebaliknya menunjukkan teknik-teknik lakonan.


"Untuk cikgu-cikgu kelas lakonan dekat luar tu kalau boleh jangan la sekadar mengajar untuk melakonkan pelbagai emosi. Ajarlah sekali teknik-tekniknya sekali, sebab nama-nama anda yang mereka jual bila ditanya siapa pengajarnya.

"Acting is all about technic. That is why it called acting," tulisnya.