Menerusi perkongsian Azza di laman Instagram, penyanyi itu mendedahkan ada netizen yang mendakwa Elite terhegeh-hegeh dan merayu untuk diserap semula dalam program Gegar Vaganza 5 (GV5).
Tidak mendiamkan diri, Azza menjawab kritikan itu dengan penuh diplomasi.
Rata-rata pengikut laman Instagram Azza mengeji tindakan netizen itu dan mempertahankan penyanyi kesayangan mereka.
Di konsert minggu ketiga GV5, Elite menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw dan tersingkir di akhir program kerana mendapat markah paling rendah.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Foto: Instagram @arymuzameer