Selepas membuat pendedahan tentang masalah kesuburan yang dialami sejak mendirikan rumah tangga, doktor viral, Dr. Say Shazril akhirnya bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Tanpa dirancang, berita itu menjadi hadiah paling bermakna sempena hari jadinya ke-30 tahun hari ini.

"Alhamdulillah bini saya pregnant!

"Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraan saya bila urine pregnancy test bini positif dan bila pergi scan nampak seketul kantung comel yang memberi sejuta harapan kepada kami berdua.

"Berlinang air mata saya tengok Say Junior in the making," tulisnya berkongsi di Instagram.

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 4 (Extra Credit) . Aritu dh part finale eh? Sy bukak balik la eh sb 3 bulan dh berlalu sejak sy lakukan ujian Semen Analysis pertama sy. Maka arini kena repeat tuk penentuan tahap kesedapan kuah sy. Ape yg telah berlaku sepanjang 3 bulan ni? Sy talak satu air berkarbonat, bila duduk rumah sy go full orang asli (tiada pakaian dalam maximum pengudaraan), sy amalkan pemakanan yg lebih sihat & sy intim bermadu dua dgn supplement kesuburan sy. . Alhamdulillah keputusan ujian kuah sy, LAZAT! Melonjak gembira sy & adik sy sb yelah 3 bulan menanggung malu kuah basi tu agak lama bagi kami berdua. Maka skang its time tuk sy & adik go all out "terkam" bini tapi tup tap kami terpaksa berpuasa sb Alhamdulillah BINI SAYA PREGNANT! Tiada perkataan yg dpt menggambarkan kegembiraan sy bila urine pregnancy test bini positif & bila pi scan nampak seketoi kantung comel yg memberi sejuta harapan kpd kami berdua. Berlinang air mata sy bang tgk Say Junior in the making. . Mcm mana bley jadi lagu tu pdhl baru repeat test arini? Well, dlm tempoh 3 bulan ni disamping medication & lifestyle changes, sy tetap bersama bini & tetap berusaha (mostly sb xmau perabih duit kt IVF) & Alhamdulillah dengan rezeki-Nya terjadilah perlekatan. Di samping tu, tak dilupakan berkat doa kalian menjadi penyumbang utama kpd penerbitan Say Junior ni. . Maka dgn kesempatan 30th birthday sy arini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd anda semua followers sy atas advices, tunjuk ajar & paling penting positive vibes korg. Obviously sy xkn lupekan mrk yg dlm kesusahan trying to conceive spt sy pd awal2 dlu. Paling penting adalah kalian be open ttg mslh kalian & berkongsi dgn saluran yg btol & im all ears for u guys. Thank u again peeps setia membaca part 1 sampai part 4 sy. . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on


Sebelum ini, Dr. Say tanpa segan mendedahkan dia berdepan masalah kesuburan dan sedang menjalani beberapa prosedur ujian makmal sejak tiga bulan lalu.

Selain itu, Dr. Say yang merupakan panel rancangan My Doctors itu turut berkongsi beberapa tips berguna amalan sampingan sepanjang menjalani rawatan kesuburan. Ini rahsianya!

1. "Saya talak satu air berkarbonat.

2. "Apabila duduk rumah saya go full orang asli (tiada pakaian dalam, maksimum pengudaraan)

3. "Saya amalkan pemakanan yang sihat.

4. "Saya intim bermadu dua dengan supplement kesuburan saya.

5. "Saya tetap bersama isyeri dan tetap berusaha (mostly sebab tak mahu perhabis duit untuk IVF)," katanya.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan rancangan My Doctors setiap hari Isnin pukul 11 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).