Juri tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS mendedahkan penyanyi Amelina layak mendapat markah tertinggi biarpun mempunyai masalah kesihatan di konsert minggu ketiga yang lalu.
Ramli MS berkata Amelina memberikan persembahan yang terbaik sehingga tidak mempedulikan kesihatannya.
“Saya lihat tenaga dalam persembahan yang diberikan tidak seperti orang sakit.
“Dia ada masalah pada kotak suara tapi dia tak peduli dengan masalah kesihatannya.
“Saya kagum dia boleh habiskan persembahannya dengan baik selama tiga minit di atas pentas itu. Dia memang gifted.
“Tone suara jangan persoalkanlah tapi intelektualnya itu bagus,” katanya kepada Gempak.
Amelina berjaya merampas kedudukannya di tempat pertama pada konsert GV5 yang lalu dengan markah sebanyak 81.8 peratus.
Minggu lalu juga, Farawahida tampil cemerlang apabila berjaya berada di kedudukan kedua dengan markah 72.6 peratus.
Hanya 10 bintang sahaja yang bertahan untuk bersaing di konsert GV5 akan datang.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.