Filem Kuch Kuch Hota Hai arahan Karan Johar banyak mengajar kita erti persahabatan dan ia juga mengajar tentang erti sebenar cinta.
Filem ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat di seluruh dunia terutamanya di Malaysia, malah ia merupakan satu filem paling ikonik pada tahun 90-an.
Jalan cerita yang mengisahkan cinta tiga segi ini diterbitkan pada 16 Oktober 1998 dibintangi Datuk Shah Rukh Khan (Rahul Khanna) , Rani Mukerji (Tina) dan Kajol (Anjali Sharma) sebagai teraju utama dan filem ini sudah mencapai dua dekad.
Mengimbas kembali filem pecah panggung ini kami kongsikan kepada anda beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu.
#1 Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pilihan pertama Karan Johar untuk memainkan watak Rahul dan Anjali. Kedua-dua pelakon tersebut telah berjanji untuk menjadi sebahagian daripada filem pertama Karan ketika dia menjadi penolong pengarah untuk filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.
#2 Untuk pengetahuan, Rani Mukerji bukan pilihan utama pengarah Karan Johar. Pada asalnya watak itu ditulis bersama dengan Twinkle Khanna dan nama watak tersebut dinamakan mengikut namanya (nama samaran Twinkle adalah Tina). Walau bagaimanapun, pelakon tersebut telah menolak tawaran dan watak tersebut diserahkan kepada Rani.
#3 Kuch Kuch Hota Hai diadaptasi daripada komik Archie. Shah Rukh adalah Archie, Kajol adalah Betty dan Rani Mukherjee adalah Veronica. Watak Anupam Kher diinspirasikan daripada Weatherbee, pengetua Sekolah Tinggi Riverdale.
#4 Selebriti seperti Manish Malhotra, Farah Khan, Geeta Kapoor, pengarah Nikhil Advani, dan juga ibu Johar, Hiroo Johar, juga dilihat dalam beberapa babak dalam filem mini.
#5 Watak yang dimainkan Salman Khan (Aman Mehra) pada mulanya ditawarkan kepada Saif Ali Khan.
#6 Dialog yang terkenal dalam filem itu, 'tussi jaa re ho, tussi na jao', sebenarnya telah dialih suara. Ia bukan suara asal Parzaan Dastur. Tetapi telah dialih suara oleh seorang pelakon kanak-kanak Kaivalya Chheda.
#7 Tajuk filem ini telah dicadangkan oleh Jugal Hansraj yang juga merupakan pencipta lagu Tum Paas Aaye yang direkanya di bilik mandi sebelum memberikannya kepada Karan.
#8 Semasa babak basikal Yeh Ladki Hai Deewana, Kajol telah hilang kawalan semasa menunggang basikal dan kemalangan. Dia telah pengsan dan lututnya cedera. Kajol juga dikhabarkan hilang ingatan buat seketika selepas kejadian itu.
#9 Karan mahu mengalih suara Rani kerana suaranya yang serak.
#10 Rani Mukerji telah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk watak Tina ketika berusia 19 tahun di Anugerah Filmfare.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Tue Oct 16 2018
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!