Pelakon Scha Alyahya mengakui pernah rasa malu hendak berjumpa dengan aktres Rozita Che Wan atau Che Ta hanya kerana anak mereka sering dibandingkan serta dilagakan oleh netizen.

Menerusi laporan HLive, Scha memberitahu mereka tidak pernah ada masalah dan gembira apabila anak mereka Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana dapat bertemu dan digandingkan dalam sebuah sesi fotografi majalah InTrend baru-baru ini.

“Saya hendak jelaskan kepada semua, kami tiada apa-apa masalah apa pun. Cuma netizen sahaja suka membandingkan serta melagakan anak kami di laman sosial.

“Apa yang mereka kata itu tidak wujud pun, tapi perkara terbabit buatkan saya jadi malu hendak berjumpa dengan Che Ta.

“Bagaimanapun, saya gembira apabila baru-baru ini, kami bersama anak-anak dapat dipertemukan dalam sebuah sesi fotografi untuk InTrend.

“Saya nasihatkan cukup-cukuplah lagakan kami kerana anak-anak itu pun masih kecil dan tidak tahu apa-apa pun,” katanya.

Scha ditemui di set penggambaran webseries Gempak yang bejudul Dua di Seksyen 7, Shah Alam, semalam.

Menampilkan Scha bersama Sweet Qismina, Sharifah Sakinah dan Ben Amir, webseries ini bakal bersiaran pada awal November di Gempak.

[BACA: "This is For Makcik Bawang Yang Selalu Lagakan Kita" - Pertama Kali Lara & Aaisyah Bergabung Dalam Photoshoot... Too Cute!]

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).